Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1959 oleh Yang Mulia Tuan Syed Darus bin Syed Hashim (Bekas Wakil Rakyat Kawasan Utan Aji) bersama dengan Allahyarham Dato’ Jaafar Bin Hassan ( Bekas Menteri Besar Perlis) serta ahli jawatankuasa kecil penduduk tempatan.

Pengasas Sekolah

1. Encik Saib bin Nayan

2. Tuan Haji Ishak bin Ahmad

3. Tuan Haji Yusof bin Saad

4. Tuan Haji Saad bin Mat ( Ketua Kampung )

5. Tuan Haji Abdullah bin Mat Akib

6. Encik Md.Zain bin Mat ( Guru Besar yang pertama )

Rentetan Peristiwa

Tahun 1959   –   Sebuah kelas sementara ditubuhkan di rumah Encik Saad bin Mat

di Kampung Mua dengan tiga orang guru terdiri daripada Encik Mat

Zain bin Mat, Encik Ahmad bin Othman dan Encik Salleh bin Akob.

Tahun 1963   –   Sebuah bangunan kayu siap dibina oleh kerajaan di Kg. Chemumar.

Seramai 120 orang murid dari Darjah 1 – Darjah 4 dan mengandungi

4 kelas. Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Kampung

Chemumar.

Tahun 1977   –   Sekolah ini mendapat bangunan baru dua tingkat mengandungi 6

bilik, bilik Guru Besar, Pejabat serta Kantin Sekolah. Sekolah ini

ditukar dengan nama SK Raja (P) Budriah.

Tahun 2010   –   Bangunan sekolah ditambah dengan bangunan baru 4 tingkat

yang mengandungi 6 kelas dan bilik-bilik khas termasuk Pejabat,

Bilik Guru Penolong Kanan, Perpustakaan dan lain-lain lagi

dan mula digunakan sepenuhnya pada tahun 2011.